Permainan gasing ini sangat popular waktu zaman kanak-kanak pika. Tapi sejujurnyaa..pika tak reti main gasing. Hahahhaaa.. Memang fail! Hahhaa.. I tak reti macam mana nak lontarkan gasing tu.. Risau i baling terkena dekat orang lain.. jadi sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku pika tengok orang main dulu. Hahahaa..
Gasing Paku
Gasing CinaGasing ni permainan orang Melayu dari zaman nenek-moyang kita lagi dan dikatakan selaunya dimainkan pada musim menuai dan akan adanya pertandingan antara kampung-kampung. Kira gah jugak laa permainan ni. Pemenang di pilih ikut gasing siapa yang masih tahan berpusing di atas paksinya dengan lama.
Gasing ni ada banyak jenis taw. kalau disenaraikan... aiyoooo.. hahahaa
Tapi pada hari itu, mereka tunjukkan 2 jenis gasing iaitu Gasing Paku dan Gasing Cina. Kedua-dua Gasing ini berbeza dari segi bentuk dan teknik bermain tu.
Di Banghuris Homestay ini mereka masih dedahkan permainan traditional ini kepada generasi muda agar mereka lebih arif dan permainan ini di teruskan dari zaman ke zaman. Pada pika, ianya bagus kerana pada zaman masa kini, masih ada anak muda yang tidak tahu apa itu permainan Gasing yang dulu nya permainan yang sangat popular. Bagus kerana mereka masih mengekalkan tradisi ini.
Siapa tahu Menyumpit??? Okay.. Pika pernah tahu permainan ini sebab dulu waktu bercuti ke Sabah dengan keluarga, mereka ada demonstrasikan pemainan menyumpit ini dan pada pika, menyumpit ini popular di area Borneo sana tapi tidakkkk.. Di Banghuris Homestay ini juga mereka menjadikan permainan ini satu tradisi dan pengajran untuk anak-anak muda.
Pada zaman dahulu, Sumpit ini merupakan senjata yang di gunakan untuk memburu atau pun untuk pertempuran macam serang hendap gitu kerana ianya untuk target mangsa dari sasaran jauh (sejauh 200m) bergantung pada teknik masing2). Ianya jugak diperkenalkan sebagai permainan sukan bagi mengalakkan orang ramai mempraktikan dan memahikan teknik menyumpit dengan betul. Ianya berguna bagi mereka yang suka aktiviti survival di dalam hutan.
Haaa, nampak tak pika cuba asah teknik untuk menyumpit ni. Hahhaa.. Siapa nak kena sumpit.. angkat tangan?? HahahahhahaaDi Banghuris mereka akan bagi peluang untuk mereka yang ingin mencuba aktivit menyumpit ni. Mereka akan ajar teknik-teknik dan juga cara pegangan yang betul. Korang kena dengar betul-betul taw.. jangan tersedut sumpit tu pulak.. make sure korang hembus taw.. Hahahaa..
Berendoi session & cempuling performance
Berendoi session & cempuling performance
Pada waktu malam pula kami di perkenalkan beberapa aktivit traditional yang menjadi simbol di Banghuris Homestay ini. Rezeki kami pada waktu itu kerana mereka dapat memperkenalkan aktiviti berendoi dan jugak persembahan cempuling. Awal-awal tu pika pun blur-blur.. apa tu aktiviti berendoi.. rupa-rupanya majlis cukur atau kesyukuran sambut bayi yang baru lahir. Hehehe.. Mereka panggil berendoi di sini. Tapi persembahan cempuling tu memang pika baru tahu. Ianya bagi menyambut para tetamu yang hadir terutamanya pada tetamu kebesaran.
Siapa tak kenal Nasi Ambeng korang memang rugi lahh.. Hehehee..
Nasi Ambeng juga merupakan makanan tradisional di Banghuris Homestay ni
Untuk makan malam kami pada waktu itu, mereka hidangkan makanan yang sangat popluar di sini, iaitu Nasi Ambeng. Kalau korang perasan mereka hidangkan nasi ini di dalam dulang and tetamu akan makan berjemaah bersama secara tidak langsung dapat eratkan hubungan persaudaraan. Tak gituuu.. Hihii
Siapa bilang gadis melayu tak menawa..tak menarik hati..tiada memikat.. hehehee
Serious sedap sangat Nasi Ambeng dekat Banghuris Homestay ni. Sebelum ni pika pernah makan Nasi Ambeng tapi jujur la cakap.. Nasi Ambeng dekat sini sedapp..hancur diet den! Hahahaa.. Makan tak ingat doniaaaNasi Ambeng ni terdiri dari nasi putih kukus, ayam goreng, rendang, sambal, gorengan jawa macam tauhu, tempe dan kekacang dan lain-lain. Ianya masakan popular Jawa dan sesuai dihidangkan bila ada majlis keramaian atau perayaan bagi menyambut tetamu.
Pada Pada keesokan hari nya pula, kami di bawa pusing-pusing di kawasan Banghuris Homestay ini untuk lihat aktiviti-aktiviti yang orang kampung selalu lakukan dan mereka akan memperkenalkan kepada kami setiap benda dengan lebih details. Untuk tempat pertama kami ke "Rumah Sayur". Haaa. apa itu "Rumah Sayur"?
"Rumah Sayur" ini merupakan salah satu teknik untuk menanam sayur-saturan. Katanya mereka dapat ilham untuk membuat "Rumah Sayur" ini kerana dengan adanya teknologi penanaman terkini mereka boleh aplikasikan teknik tersebut untuk memudahkan proses menanaman sayur dari benih sehingga proses harvest.
Teknik ini katanya dapat menjimat masa untuk menanam sayur dan kebanyakan sayur yang ditanam dapat hidup dengan segar tanpa perlu pengawasan yang kerap dalam masa yang sama dapat hasil yang banyak
Sedikit sebanyak pika pun teruja jugak lah sebab ada term-term yang i familar with sebab i kan berlajar dalam kos menanam ni dulu. Tahu la sikit-sikit. tapi kalau tanya lebih-lebih.. memang aku debik kang. Hahahhaaa..
Haaaa.. lagi satu specialiti di Banghuris Homestay ini.. Masakkan yang berasakan REBUNG
Kepada mereka yang tak pernah tengok rebung. Ini lah rebung
I first time tengok macam mana orang potong rebung ni. Sebab I tak makan rebung taw. Tapi semasa di Banghuris Homestay hari tu... I makan REBUNG gaisss.. YEAYYY!! Sedap rupanya masakan rebung ni kerana rebung yang di masak di Banghuris Homestay ni segar! Mereka tidak perap rebung itu malah selepas potong mereka terus masak rebung itu.. So takde la bau-bauan yang kurang menyenang kan.. Hehehehee
Nampak tak teknik mereka yang sudah berpengalaman
Kali ni mereka tunjukkan cara untuk memasak Rebung Masak Cili Api
Tudiaaa.. rebung yang di potong tadi terus dimasukkan ke dalam masakan. Surprisingly sedap!
I teruja sebab I makan rebung. Weeee~
Power la makcik ni masak.. Tepuk tangan sikittttt~
Ohh ye, Ini merupakan lauk kami untuk makan tengah hari time tu..
Haaaa.. Ini lagi satu lokasi yang menarik pada pika. Ini adalah pertama kali nya pika tengok macam mana proses madu kelulut. Siapa tak tahu madu kelulut kan.. Ianya terkenal dengan segala kebaikan dan khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Lebih berkhasiat dari madu yang biasa tu taw.. Wuuu~
Kebiasaannya lebah kelulut menyimpan madu dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu lebah kelulut ni rasanya agak masam sedikit dari madu lebah biasa.
Beginilah rupa sarang lebah kelulut tu. I geli-geli sikit la bila tengok tu sebab i kan ada Trypophobia.. Hahhaa.. geli hulat-bulat but gigihkan jugak diri untuk tengok sarang lebah kelulut ni. Hehehe
Mereka demonstrasikan bagaimana untuk harvest madu lebah kelulut ni.Ini la rupa madu kelulut selepas di sedut. Korang jangan ingat yang terbang-terbang ut lalat taw.. Itu la rupa lebah kelulutnya.. Hehehee.. Mereka perhatikan kami tengah menyedut madu dia.. Hahahaa..
Pika pun mengambil kesempatan ini untuk mencuba proses menyedut madu lebah kelulut ini sendiri. Hehehee.. Awal-awal tu macam takut jugak lahh.. mana la tahu dia serang kita sebab sedut madu-madu dia.. Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar dan saya berjaya menjadi penyedut lebah kelulut yang berjayaaa.. pada hari tu je laa..Hahahhaaa.. Actually, orang tu dah cakap mood lebah kelulut hari tu baik.. Hahahaaa.. Itu pasal sy berani nak cuba..
OOTD onz tak onzzz~
Hahahaa
Pika akan sambung kongsikan aktiviti-aktiviti menarik yang kami lakukan di Banghuris Homestay on the next post. Nanti kan taw.. sebab banyakkkkk lagi aktiviti yang pika rasa korang semua belum familiar with.. aicehh~
Till then, xoxo
Thank you for reading this ^_^
No comments:
Post a Comment