Wednesday, November 03, 2021

Pengalaman menginap di Terrapuri Heritage Village, Terengganu

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Baru-baru ni I sempat ke Terrapuri Herritage Village yang terletak di Setiu, Terengganu. It's is actually on my bucket list untuk stay dekat Terrapuri ni sebab I sukaaa reka-bentuk rumahnya yang klasik tu. Terrapuri ni terkenal kerana ianya merupakan projek permuliharaan dan pemulihan rumah Klasik Melayu Terengganu dimana tempat ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 macam tu. Dekat sini ada 29 villa exclusive yang telah dipulihkan, termasuk dengan galeri dan rumah pantai. 

Waktu I jejakkan kaki dekat Terrapuri ni I agak teruja lihat seni bina setiap villa dekat sini. Setiap villa mempunyai keunikkan tersendiri and paling unik nya semua villa ni memang dibina menggunkan kayu asal rumah-rumah Klasik Melayu Terengganu. Mereka cuba kekalkan konsep tradisi untuk diketengahkan supaya masyarakat kini tidak lupa sejarah dan tradisi nenek moyang kita. Setiap rumah dan kayu-kayu mempunyai makna tersirat sendiri. 

every corner dekat Terrapuri ni memang Instgramable sangat.


  RECEPTION/ PUBLIC AREA  

Dekat sini untuk pengunjung datang register/check-in.

The moment korang sampai, boleh parking kereta dan register dekat sini. Make sure scan mysejahtera, check suhu badan, pakai face mask dan follow SOP okay. Dari sini mereka akan guide anda ke villa yang anda booking tu. I boleh cakap yang service dekat sini memang warm service lahh.. semua staff-staff mereka baik dan mudah nak bersembang. 


Sesayap Courtyard

inspirasi dari Malay Palace-style Courtyard Garden
Tempat ini terbuka untuk guest2 yang menetap dekat Terrapuri untuk santai-santai sambil meneliti keunikan seni bina dan tradisi-tradisi yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita pada suatu ketika dahulu.


The concept here memang terbaik laa..


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

  DINING AREA  

Untuk makanan, mereka akan hidangkan di kawasan Sesayap Courtyard tu. 


BREAKFAST: Untuk sarapan pagi memang dah termasuk dalam package untuk in-house guest for 2 pax. As for breakfast they served ala-carte per person. Kalau ada addtional pax, you have to add-on untuk sarapan tu. For me, the meals they served pretty simple but kenyang. Korang kena try jus oren dia. Sedap sangat.. 

ini la antara breakfast yang mereka hidangkan pada kami hari tu. Setiap hari lain-lain..

LUNCH: Mereka akan sediakan lunch upon request sahaja. so, kalau korang memang plan nak stay dalam Terrapuri sahaja tak nak keluar, make sure korang inform mereka awal2 untuk set lunch tu supaya mudah untuk mereka buat preparation. Lunch price around RM75/pax. Macam kami hari tu banyak aktiviti dekat luar, so tak booking la untuk set lunch ni.

DINNER: Ada dua set yang korang boleh pilih iaitu Jelira Setiu (RM95/pax) dan Langkasuka (RM75/pax). Kami sempat merasa dua-dua meal set ni and pada i agak berbaloi sebab berseuaian dengan portion yang dihidang dan jenis-jenis masakan traditional yang unik. 

Ni contoh Jelira Setiu Meal set.

Puas hati I malam tu meratah ketam ni. Lagi best sebab ramai yang tak makan ketam so more for me! Muahahahaaa.. Ketam dia Fresh!. Yumehhhh


* untuk kanak-kanak 2-11 tahun, mereka akan charge 50% dari harga adults tu baik untuk Breakfast, Lunch dan Dinner. Pastikan anda inform kepada mereka awal-awal okay.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



  SWIMMING POOL  

Kawasan swimming pool dia pun cantik.. Instgramable sangat.. I share this photo dekat my IGStory, ramai yang berkenan dengan tempat ni.. Siap dah tanya-tanya macam mana nak booking. Hehee..

Korang boleh santai-santai mandi dekat swimming pool ni. I suggest untuk korang mandi waktu petang sambil nikmati keindahan sunset.. haa gituu~

I dah macam shoot pre-wedding dah dengan skirt kembang2 nya.. Hahahaa


Apa yang I suka dekat kawasan Terrapuri ni dia memang leisure taw.. Santai-santai tanpa pencemaran bunyi.. korang just chill and enjoy the moment je.. Sebab memang itu apa yang Terrapuri nak ketengahkan. Mereka nak pengunjung yang datang menetap dekat sini dapat rehat dan tenangkan fikiran. Mereka jugak limitkan hanya 32pax sahaja yang dibenarkan dalam satu hari sebab mereka tak nak tempat ni jadi terlalu crowded dan dalam masa yang sama mereka tak nak ganggu privacy guest2 yang lain.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

   HERITAGE VILLA  

 
Okay now jom kita tengok kawasan Heritage Villa di  Terrapuri ni,

Total Villa yang ada dekat Terrapuri ni lebih kurang 15 villa dengan anggaran 32 pax/day.. itu pun  kalau fully booking lah. Usually, mereka tak kan terima kalau terlalu ramai guest dalam satu masa. Itu yang membuatkan Terrapuri ni tampil lebih exclusive kerena mereka betul-betul particular dengan keselesaan guest2 yang nak menetap di sini.


Villa-Villa dekat Terrapuri ni merupakan Rumah Warisan Melayu Terengganu asli yang sudah berabad tahun lamanya. Rumah-rumah ini dipasangkan semula di Terrapuri ini dan interior nya diubah-suai untuk tampil kan concept Klasik dan Mewah. Setiap Villa mempunya Concept yang berbeza-beza dengan hiasan traditional antik. 


Ini salah satu contoh interior Villa di Terrapuri. 

Villa ni nama dia Rumah Pengkalan Kubu yang sesuai untuk 3pax sebab ada 1 katil queen dan 1 katil single. Setiap Villa ada had capacity yang boleh masuk. Walaupun Villa2 tu luas tapi mereka tak galakan untuk tinggal ramai-ramai sebab nak jaga keselesaan kediaman disitu. 

The detailing and hiasan dia memang nice

Dalam banyak-banyak tempat, I rasa I paling suka bilik mandi Villa ni. Lawa sangattt! dah la luas macam seluas bilik; dari hujung ke hujung siap ada bathtub yang classic macam ni. 

Semetinya ada shower room jugak dan ada air panas! I'm like woww..

Singki dia pun unik!

Tang jamban dia laaaagi unik! hahaa.. memang style open space.. tapi don't worry mereka ada sediakan partition so korang boleh la alih-alih kan partition tu nak letak dekat area mana2 sebagai penghadang

Semua Villa dilengkapi dengan aircord, kipas ceiling, fridge, hairdryer dan kemudahan untuk mambuat kopi dan teh dalam bilik. Macam hari tu, Villa yang kami stay aircond dia problem sikit so tak berapa nak sejuk tapi pihak Terrapuri siap hantar 2 Stand Fan dan kami pun sambung menetap dengan selesa. Hehee..


Korang boleh visit website dorang dekat SINI untuk tengok lagi jenis-jenis Villa yang ada. 

Just a reminder, Terrapuri ni bukan jenis Resort Contemporary or High End Resort lebih kepada Concept Rumah Klasik yang diubah suai untuk keselesaan penggunjung menginap. 


Ini pulak senarai harga di Terrapuri ni


Alhamdulillah, sepanjang I menginap di Terrapuri ni I rasa selamat dan selesa.



Antara Tips atau T&C yang anda perlu tahu untuk menetap di Terrapuri:-
1) Dilarang merokok di kawasan Villa & Terrapuri Heritage Village
2) Terrapuri terletak di Kawasan Bakau dan Tanah Lembap, terdapat nyamuk pada waktu malam, dinasihatkan untuk anda bawa insect repellent sendiri. 
3) Kebiasaannya Vila akan panas pada waktu siang atau malam. Mereka menyediakan AC dengan 2.5HP.. tetapi, disebabkan bumbung mereka tidak ditutup sepenuhnya dengan siling (sebagai objektif utama mereka untuk seni bina) mereka tidak dapat memastikan keselesaan pada setiap masa.
4) Dicadangkan pada waktu siang anda membuka semua tingkap & pintu dan menggunakan kipas dan matikan Penghawa Dingin. Ikut keselesaan anda.
5) Tiada TV, Radio, WIFI & telefon IDD atau kemudahan lain kecuali Kolam Renang. Internet onnection telephone anda juga mungkin slow di dalam kawasan ini jadi take note on this okay. Jangan dah sampai korang emo sebab line internet tak berapa nak kuat pulak nanti. Hehee
6) Di kawasan Kolam Renang, tiada lifeguard atau panduan selamat disediakan jadi anda berenang atas tanggung jawab anda sendiri ye. Setiasa berhati-hati dan pastikan berenang dengan mereka yang mahir berenang.
7) Terrapuri adalah pelancongan berasaskan komuniti. Semua kakitangan mereka adalah penduduk tempatan dari Kampung Penarik. Mereka hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris Asas.

Semoga Membantu !



Untuk maklumat lebih lanjut tentang Terrapuri anda boleh contact:-

Tel: +(609) 6245020 / +(609) 6312081 / Emergency (Ms. Maslina) : +(6012) 9888399
Fax: +(609) 6228093 
Email: info@terrapuri.com
Website: www.terrapuri.com


Till then, xoxo






Thank you for reading this ^_^




No comments:

Post a Comment