Thursday, October 14, 2021

Dah boleh rentas negeri - Hello Labuan !

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Salam rentas negeri buat seluruh rakyat Malaysia.. Woohooo~

Dengan peratusan vaksinasi yang sudah melebih 90%, Kerajaan Malaysia menepati janji mereka untuk membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri. Ini jugak merupakan salah satu pengumuman yang baik kerana ramai yang sudah lama "berkurung" atau "terkandas" atas sebab kerja dan urusan lain. Sekarang mereka boleh balik kampung jumpa keluarga tersayang. Selain itu, rakyat Malaysia jugak dah boleh rentas negeri untuk pergi bercuti for bonding time with family and friends. 

My first destination is... LABUAN !

This is my first flight after PKP, setelah 2 tahun lebih kita #stayathome for good. hehee


Seriously, I rindu betul suasana dekat Airport. Kami fly dengan Malaysia Airlines, so depart from KLIA and awal2 pagi dah siap2 untuk check-in luggage dan dapatkan boarding pass. I recommend untuk korang check-in dekat counter berbanding check-in online untuk memudahkan urusan korang. 


Bercuti-bercuti jugak, SOP kena ikut ye.. nak tak nak memang kita kena adapt dengan New Norm ni. Ianya untuk keselamatan kita bersama. Please follow SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia begitu juga dengan SOP-SOP bagi setiap negeri, kita ni dah sampai tempat orang kena la hormat dan ikut cara mereka okay..


Berikut adalah check-list yang korang perlu sediakan bagi melancarkan urusan:-

- Lengkap 2 dos vaksin (selepas 14 hari)

- Result Covid-19 test (PCR atau RTK Saliva)

- Bawa Kad Pengenalan (IC)

- Print ticket flight bagi memudahkan urusan di airport






Boleh tonton video ini untuk menikmati suasana Airport dan flight experience. Kot kot la ada yang rindu nak naik flight.. takpe, sis payung, ni siap dengan window view lagi.. hehehee..

 Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Labuan, pejalanan ambil masa around 2 jam 30 mins dari KLIA ke Lapangan Terbang Labuan. Sampai sahaja di sana, mereka akan buat saringan dan check korang punya result Covid-19 Test.. Make sure korang buat PCR atau RTK- AG Saliva sahaja. Kalau RTK-AG Swab test korang kena quarantine 5 hari dulu baru boleh teruskan urusan korang. Ini adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh Kerejaan Negeri dan korang kena patuh. Terms ini jugak digunapakai untuk masuk ke Sabah dan Sarawak.. Take note okay !



Untuk penginapan di Labuan, kami stay dekat Palm Beach Resort & Spa


The moment I enter the room I was amaze how spacious it is and the vibe definitely giving you the holiday vibes !

Katil dia luas and empuk! Lena betul i tidur

the view from my balcony. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat bilik view pantai lagi.. Maybe boleh request kalau korang nak.. But view garden dia pun lawa.. tenang je

Boleh dikatakan kelengkapan dekat Palm Beach Resort & Spa ni lengkap laa.. 


Bilik air pun luas, siap ada bathtub lagi.. Hehee


Palm Beach Resort & Spa Labuan tengah buat promotion sekarang ni, RM198/room per night with complimentary breakfast for 2 person. For more info you can Whatsapp them at +60138519918



Kalau sebut pasal Labuan ni, mesti korang tertanya-tanya dekat mana je boleh jalan-jalan dekat Labuan ni kan.. sebab kebanyakan nya yang datang sini atas urusan kerja atau seminar.. Haaaa.. Sebenarnya ada tempat-tempat yang korang boleh explore di Labuan.. yang tu nanti I share dekat another entry.. 


Till then, xoxo



Thank you for reading this ^_^


No comments:

Post a Comment