Wednesday, October 20, 2021

Aktiviti Menarik Di Labuan - Part 2

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Macam best je kan kalau dapat stay dekat Rumah Pokok ni.. wee~

Kembali kita untuk kesinambungan Aktiviti-Aktiviti Menarik di Labuan. Kalau entry sebelum ni i dah ceritakan tentang Labuan War Memorial, Muzium Marin, dan tempat shopping di UTC Labuan. Untuk entry kali ni i nak kongsikan beberapa lagi tempat menarik yang korang boleh terokai di Labuan dan I rasa korang kena buat terutama untuk mereka yang suka kan aktivit lasak dan nature.


 Desa Tunas Hijau 


Desa Tunas Hijau ni merupakan attraction terbaru di Labuan yang semakin berkembang luas dengan pelbagai jenis aktiviti yang korang boleh lakukan didalam satu kawasan. Mereka juga menawarkan pelbagai jenis tempat tinggal yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian anda.

Antara aktiviti yang korang boleh lakukan disini ialah berkayak, paddle boat, trampoline, ATV dan lain-lain. Semasa di Desa Tunas Hijau kami sempar ber ATV, korang boleh tonton video kami ber ATV dekat SINI .


Berikut adalah harga dan package-package yang ada di Desa Tunas Hijau ni. Kalau korang yang gembar staycation dan nak santai-santai dekat Desa Tunas Hijau ini jugak merupakan tempat yang sesuai untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Kalau nak buat tempahan korang boleh contact 013-2689218 (ZUL).



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Tracking at Chimney Trail 



Ini merupakan aktiviti yang wajib korang lakukan kalau dah sampai ke Labuan, iaitu Tracking at Chimney Trail. Inilah salah satu aktiviti yang terbaik untuk bonding dengan nature. 


Ayuh kita mulakan..

Track untuk Chimney Trail ni pada i mudah. Apa orang kata, beginners-friendly gitu. Kalau korang yang tak gemarkan aktiviti lasak jangan risau trail ni mudah sahaja cuma korang banyak berjalan. 



Sepanjang perjalanan tu korang akan jumpa tempat-tempat yang menarik dan ini juga merupakan stop yang cantik untuk korang bergambar. Kalau jenis yang tak takut tinggi, dekat sini cantik untuk korang bergambar berlatar-belakang kan Laut China Selatan. Wuuu~

Nasib baik sis jenis tak takut tinggi.. Hehehe

Ini merupakan salah satu peninggalan bersejarah iaitu Gedung Ubat. 

Haaa.. mesti pelik kan kenapa nama dia Gedung Ubat?? Ianya istilah daripada "Ubat" iaitu peluru. Masyarakat tempatan panggil ubat bedil dan ini adalah stor penyimpanan peluru dan bahan letupan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. 


Design stor ubat ni bentuk silinder dengan ketinggian lebih kurang 3.5 meter dan ada bumbung bentuk kon. Pintu stor ni menghadap laut dan strutur nya berdinding tebal dan mempunyai lubang-lubang kecil untuk pengudaraan. 

Ini Rupa Rumah Ubat tu dari pandangan depan 

dari view atas 




Geopark Labuan dulu pernah jadi antara pusat perlombongan batu arang terawal di Asia Tenggara pada tahun 1947. 

Banyak khazanah ditemui seperti Batu pasir Formasi Belait (berusia 15-5 juta tahun) dan batuan syal Formasi Temburung (33-15 juta tahun) membentuk sebahagian daripada sistem petroleum tersingkap di persisiran pantai menghasilkan landskap berpandangan indah.

Batu pasir Formasi Keperlbagaian habitat pesisir pantai, perbukitan serta habitat bakau menjadi daya tarkan alam tabii. 


Amalan tradisi seperti membuat parahu kayu dan menangkap hasil laut masih diamalkan oleh komuniti setempat. Bermula dari petempatan kampung air. Kini Labuan menjadi hub industri lepas pantai terkemuka negara. 



walking by the beach untuk ke stop seterusnya iaitu Wakiman Campsite Point





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 



 Sunset Gazing at Wakiman Campsite Point 



Wak Kiman Campsite ni terletak di Tanjung Kubong, Labuan. Kiranya kalau korang lalu Chimney Trail tu memnag akan ada laluan untuk ke campsite tu. Track dia mudah dan lalu persisiran pantai. Boleh dikatakan lokasi Wak Kiman ni agak strategik dan salah satu spot menarik untuk tengok Sunset jugak

Bukti yang sis dah sampai dekat sini. wee~


Kalau korang suka camping, boleh la consider Wak Kiman Capsite ni. Rate dia RM15 seorang dan kalau ada kemah korang boleh bawa dia dah siapkan tapak-tapak untuk korang pasang khemah. Tapi kalau takde khemah pun korang boleh sewa dekat dorang. Boleh visit facebook Wak Kiman Campsite Point untuk maklumat lebih lanjut. 


Dengan ini, tamat lah kisah trip kami sepanjang di Labuan. Ribuan terima kasih kepada Pihak Tourism Malaysia dan Labuan Tourism Malaysia atas peluang yang diberikan kepada kami untuk explore tempat-tempat menarik yang ada di Labuan ni. Sebenarnya banyak lagi aktivit yang kami boleh explore, InshaAllah ada rezeki nanti kami datang lagi di Labuan. Weee~



Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^


No comments:

Post a Comment