Wednesday, April 28, 2021

Bazaar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Pejam celik, pejam celik.. dah 15 hari kita berpuasa tahun ni..Cepat betul masa berlalu dan Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan tahun ni. Semoga kita semua sentiasa diberkati dibulan yang mulia ni. Bulan Ramadan jugak merupakan waktu yang terbaik untuk merebut peluang gandakan pahala kita,. InshaAllah..

Haaa.. I sebenarnya nak share dengan korang antara Bazaar Ramadan yang ada di sekitar Kuala Lumpur yang I berkesempatan pergi baru-baru ni. Maklum laa Tahun 2020 kita tiada Bazaar Ramadan sebab pandemic hits us kan dan untuk tahun 2021 ni Bazaar Ramadan kembali beroperasi seperti biasa tapi dengan adanya SOP bagi menjaga keselamatan dan kesihatan kita bersama. 

Berikut adalah antara Bazaar Ramadan yang ada di sekitar Kuala Lumpur. 


 1) Bazaar Ramadan Jalan Raja Alang, Kg.Bharu 



Kalau dekat area Kg.Bharu KL ni semestinya Bazaar Ramadan Jalan Raja Alang ini menjadi salah satu tarikan kerana Bazar ini mempunyai lebih 150 gerai dan korang boleh cari pelbagai jenis juadah untuk berbuka dekat sini. My personal experience pergi sini memang rambang mata la tengok setiap gerai yang jual makanan. Pelbagai jenis ada dekat sini, Murtabak, Roti John, Putu Bambo, Nasi Ayam and more.. You nak apa name it! InshaAllah ada jual dekat Bazaar ni. Bukan saja pilihan makanan yang banyak tapi jalan untuk laluan pengunjung pun luas so kita boleh jaga social distance la dekat sini. And dia buat one way macam tu so korang kena follow along the way jalan yang telah ditetapkan. 


Waktu beroperasi: 4pm - 7pm



 2) Bazaar Ramadan Pasar Keramat 

Seterusnya Bazaar Ramadan Pasar Keramat yang terletak di area Datuk Keramat, Kuala lumpur. Bazaar ni berdekatan dengan Pasar Keramat tu and dia dalam open hall gitu. Roughly I tengok gerai dalam ni less than 100 gerai and agak sempit sikit laluan untuk pengunjung. So, korang kena hati-hati la ye.. Dari segi pilihan juadah untuk berbuka pulak banyak pilihan dan ramai yang datang ke sini untuk cari ikan bakar, ayam percik dan kuih cakoi. 


Waktu beroperasi: 4pm- 7pm



 3) Bazaar Ramadan Stadium Cheras 

Percaya atau tidak.. Bazaar Ramadan di Stadium Cheras ni mempunyai lebih 320 gerai!! Antara Bazaar Ramadan terbesar di Kuala Lumpur dan korang boleh bayangkan laa pelbagai jenis juadah untuk berbuka korang boleh cari dekat sini. Bazaar ni memang betul-betul dekat Stadium Cheras tu.. Dari segi pilihan untuk juadah berbuka tu memang banyak sangat.. Ada makanan yang korang tak pernah tahu ada pun kemungkinan boleh cari dekat sini. Dari segi keluasan tu memang luas dan selesa untuk penggunjung jalan keluar dan masuk sebab luas. Dan sama macam Bazaar Ramadan yang lain, memang ada SOP yang perlu kita ikut.


Waktu Beroperasi: 3pm-7pm




 4) Bazaar Ramadan Bazaria Pantai Dalam 

Ini merupakan salah satu lokasi yang popular untuk Bazaar Ramadan di area Kuala Lumpur iaitu dekat Pantai Dalam Bazaria. Dekat sini I notice mereka ada lebih kurang 100 gerai peniaga yang menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka sperti Roti John, Kuih muih, Aneka pilihan air dan macam-macam lagi. Dari segi laluan untuk pengunjung agak luas untuk pergerakan dan mudah nak kawal social distance tu


Waktu Beroperasi: 4pm - 7pm




 5) Bazaar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar 



Lagi satu Bazaar Ramadan yang korang boleh pergi ialah dekat Jalan Telawi, Bangsar. Bazaar ni agak kecil sedikit berbanding Bazaar Ramadan yang lain sebab ianya dekat satu lorong jalan tu je dengan lebih kurang 50 gerai macam tu. Dari segi aneka juadah berbuka tu banyak jugak pilihan seperti murtabak, roti john, Nasi berlauk, kuih muih dan aneka pilihan air. 


Waktu Beroperasi: 4pm-7pm




Actually banyak je lagi Bazaar Ramadan yang ada disekitar Kuala Lumpur ni tapi berikut adalah antara Bazaar Ramadan yang sering mendapat tarikan pengunjung setiap tahun. Kalau korang jenis suka pergi Bazar Ramadan hunting.. boleh laa pergi ke Bazaar Ramadan yang I mention tu. 

Yang paling penting, korang patuhi la SOP yang ditetapkan ye. Jangan lupa scan bar code mysejahtera tu, lepastu check suhu badan dan jugak pakai face-mask. Pastikan jaga jarak anda dengan pengujung-pengunjung yang lain okay. #KitaJagaKita


Haaa.. lagi satu pesanan hikmat masyarakat dari saya.. hehehee.. make sure korang berbelanja dekat Bazar Ramadan tu dengan kadar yang bersederhana okay. Jangan terlalu rambang mata lepastu semua benda nak beli.. Bila tiba waktu berbuka, korang kenyang makanan yang beli berlebihan dan membazir. Kalau boleh, kita elak kan pembaziran ye. Berpada-pada gituu.. 



Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^







No comments:

Post a Comment