Tuesday, October 13, 2020

Tanjung Point Residences, Penang

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Kalau korang ada plan nak ke Penang in a group of friends or family.. I nak recommend korang untuk stay dekat Tanjung Point Residences ni. My experience stay 3D2N dekat sini memang best dan rasa selesa macam balik rumah peranginan sendiri gituu.. cewahhhh~

Nama pun residences kan.. so korang akan stay di kediaman jenis Apartment. Tanjung Point Residences ni ada 3 jenis Apartment yang korang boleh pilih iaitu Studio Apartment (2pax), 2-Bedroom Apartment (3-4pax), and 3-Bedroom Apartment (5-6pax).

Since kami ber-enam, jadi kami stay di 3-Bedroom Apartment yang spacious of approximately 1,600 sq ft with 3 bedrooms and 3 baths. Bestnya Apartment ni sebab setiap bilik ada bilik air sendiri so ada privacy di situuu.. Tak kecoh laa siapa nak mandi dulu dan lain-lain isu. Kiranya masing-masing ada space tersendiri. 

" We are pleased to bring you cosy breeze straight from the Straits of Malacca and sandy beach beneath your feet while keeping you closely connected with the world via high-speed WIFI, sitting on the Northeast of the Pearl of the Orient." - Tanjung Point Residences


okay, now.. jom room tour~


Amenities:-

Air Condition, Baby Cots, Balcony, Cable TV, Ceiling Fans, Free WIFI, Dining Area, Fridge, In-room Safe, Kitchen, Linen & Towels, Microwave, Non-Smoking, Stove top, Telephone, Television, Seaview, Hairdryer, Ironing Facilities, Toaster, Weekly Room Service


 LIVING ROOM 

The moment korang bukak pintu, korang akan terus nampak living room ni.. sangat luas dan decoration pun cantik minimalist. Memang feeling macam balik rumah peranginan gituu.. Selesa dan lengkap dengan segala keperluan. Tak cukup dengan kipas cieling tu, dia letak air-condition jugak.



 BALCONY 


Ini pulak bahagian balcony apartment kami di Tanjung Point Residences tu.. view dia Andaman Sea.. Memang cantik ! Ramai tanya memang laut tu cantik macam tu ke.. yess.. memang cantik.. I rasa lepas PKP memang dapat membatu pemulihan alam sekitar.. hehehee..



 KITCHEN & DINING AREA 

Ini adalah ruangan dapur apartment ni

I paling excited part dapur and dining area dia sebab luas dan serba lengkap.. I yang tak selalu masak ni pun kalau dapat dapur macam ni confirm rajin masak.. Wakakakaa.. Dekat dapur dia lengkap dengan keperluan asas seperti dapur electric, fridge, sink, pinggan mangkuk and all kitchenette. 



 ROOM 1 

ROOM 1 ni boleh dikatakan Master Bedroom la dekat dalam Apartment ni sebab luas gilerrr.. I rasa boleh muat up to 3 pax.. Toilet dia pun mewah semacam.. Lengkap dengan meja solek, almari, and bilik ni connected dengan balcony jugak. Boleh dikatakan semua barang keperluan ada dalam ROOM 1 ni..



 ROOM 2 


ROOM 2 ni pulak bilik untuk 2 katil single. Haa.. kalau dalam family tu bilik anak-anak lelaki la kot.. Hehhee.. Bilik ni ruang dia macam nicely fit gituu.. tidak terlalu luas dan tidak terlalu sempit. Masih ada ruangan untuk letak barang, ada almari and bilik air sendiri. 


 ROOM 3 

Ini pulak ROOM 3 with one queen bed. Ruangan bilik ini boleh dikatakan medium which you still have space untuk letak barang and ada bilik air sendiri. Me and Kak Suzai stay in this room and I can say that this room pretty cozy & comfy for both of us. Paling penting privacy



 RECEPTION 

Ini pulak bahagian reception/ lobby dekat Tanjung Point Residences ni. The service is nice and they are welcoming guess in a friendly way.. Paling penting all the staff following SOP yang di tetapkan, InshaAllah, safe for guest to check-in with no worries :)


 
 GYM 

Selain itu, mereka jugak ada kemudahan gym.. sesuai la untuk mereka yang nak workout walaupun dalam mood bercuti kan. Korang boleh access ke gym ni dan boleh dikatakan gym dia serba lengkap dengan peralatan senaman.



SWIMMING POOL 

Tempat yang kami paling excited sekali..iaitu swimming pool !! Hehehee
Swimming Pool di terletak di level 7 and berkonsepkan infinity pool.. view menghadap Andaman Sea taw.. Memang masing-masing menggila dalam pool tu. Hehehee.. Untuk mematuhi SOP mereka letak kan limit untuk pengunjung ke swimming pool ni. Tapi guard yang jaga swimming pool hari tu agak rude la.. so awal-awal tu kinda spoil our mood kejap.. huhuhuuu.. tapi.. it's okay.. kami proceed nya bersuka ria.. nasib baik pool dia cantik dan bersih.. hehehee~


#GengHoHo 

Overall, our experience stay dekat Tanjung Point Residences ni best.. Boleh dikatakan SATISFIED la stay sini.. dengan kelengkapan yang ada, lepas tu rumah yang luas dan selesa.. Tanjung Point Residences ni memang sesuai untuk traveler, group of family & friends, honeymoon,  kunjungan atas sebab kerja dan sebagainya. Lokasi pun baik dan mudah nak cari (waze Tanjung Point Residence) dan tempat parking jugak disediakan.. Price Range pulak pada pandangan i agak berbaloi sebab "you get what you pay" so considered AFFORDABLE... Kalau korang nak tengok promotion yang Tanjung Point Residences offer boleh click HERE .. Highly Recommended ! I will definitely come here again when I'm at Penang.. InshaAllah.. 



Till then, xoxo



Thank You for reading this ^_^



No comments:

Post a Comment