Monday, October 12, 2020

Sunset view at The TOP Penang

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Sambung cerita short getaway ke Penang lagiii.. Woohoooo~ 

Semasa di Penang, kami juga sempat ke The TOP Penang, salah satu attraction di Penang. Our main agenda pada waktu tu ialah to catch sunset view at The Rainbow Skywalk yang popular dengan lantai kaca tu.. But bila dah sampai dekat The TOP ni kitaorang realized that banyak rupanya tarikan yang korang boleh kunjungi selain The Rainbow Skywalk tu.

The TOP Penang ni dekat Menara KOMTAR, yang merupakan menara tertinggi di George Town dan ianya jugak salah satu menara simbolik di Penang. KOMTAR ni singkatan untuk Kompleks Tun Abdul Razak, nama perdana menteri Malaysia yang ke-2. Banyak sejarah di menara ni dan ianya siap dibina pada tahun 1986. Kiranya salah satu bangunan legend la dekat Penang ni. Hehehee..

Pada tahun 2016, Menara ini di "upgrade" kan oleh One World Group dan wujud lah The TOP Penang. The TOP Skywalk ini merupakan salah satu glass sky walk yang tertinggi di Malaysia dengan bridge  glass-walkway setinggi 250 meter above ground. Haaa.. ada yang takut tinggi ke tuuu?? Hehehee

Dekat signboard dia pun dah label pelbagai jenis tarikan yang korang boleh visit dekat The TOP Penang ni. Bukan sahaja the iconic glass-walk bridge. Kami sempat la pergi ke beberapa attraction pada waktu tu. Ingat kan nak cover semua tapi atas sebab kekangan masa sebab kitaorang sampai pun petang waktu tu jadi kami sempat pergi a few attraction sahaja. 


 Penang State Gallery 

Sampai je dekat The TOP tu kitaorang pergi ke Penang State Gallery, ianya macam muzium untuk Penang ni. Mereka pamerkan sejarah bagaimana Penang ini di tubuhkan dan jugak budaya dan keistimewaannya sebab itu Penang ini dipanggil "Pulau Mutiara". Sesuai untuk mereka yang ingin tahu dan mendalami sejarah-sejarah tentang Penang.  lebih 

" More than two centuries of unique history and heritage makes George Town a worthy recipient as a UNESCO World Cultural Heritage Site."

Miniature Menara KOMTAR


Gallery ini agak luas la jugak korang boleh jalan-jalan dan menghayati sejarah yang mereka kongsikan. Selain itu, korang juga boleh tengok tradisi, jenis-jenis rumah dan makanan yang istimewa di Penang. Basically mereka pamerkan semua Penang Heritage in here. 




 Durian The King Of Fruits 


Tempat seterusnya kami ke Muzium Durian pulak. Haaa.. macam tak percayakan mereka siap ada Muzium Khas untuk Durian The Kings of Fruits. Awal-awal tu macam curious la jugak kenapa dorang buat muzium Durian ni dekat sini and mereka cakap ianya adalah salah satu cara terbaik untuk pendedahan para pelancong tentang Durian. Kami yang local ni pun belum tentu tahu tentang Durian kan.. makan durian tahu laaa.. Hehehee..

Bila dekat muzium ni korang akan tahu kenapa Durian digelar sebagai Raja Buah. Korang akan dapat lihat dari awal proses penanaman durian itu sampai la bagaimana durian tu dipasarkan 

This is basically it

Durian jugak banyak jenis species and korang boleh tengok setiap jenis species disini. Sambil tu dapatla korang banding-banding kan perbezaan setiap species. 

Just us..playing around as kampung people.. hehehee



 Rainbow Skywalk & Observatory Deck 

Disebabkan kesuntukan masa kami terus ke Rainbow Skywalk ni sebab nak catch sunset nya tadi kan.. Hehehe.. Rezeki kami pada hari tu sebab cuaca baik dan kami dapat menikmati permandangan sunset yang cantik. Awal-awal tu risau jugak la sebab sekarang kan petang je asyik hujan and Alhamdulillah cuaca menyebelahi kami pada hari tu. 

Tengok lahh.. cantik kan sunset tuuu

Tempat yang korang wajib pergi bila dah sampai The TOP Penang ni mesti la ke The Rainbow Skywalk and Observatory Deck dia ni.. Sebab dari sini korang boleh nikmati permandangan hampir seluruh bandar George Town ni. Rainbow Skywalk ni dekat level 68 open air area, kiranya dekat rooftop of KOMTAR Tower ni laa and Observatory Deck dekat Level 66 didalam buidling dengan air-conditioned tapi ada jugak bahagian glass walkway tu. 


We're at The Rainbow Skywalk Bridge The TOP Penang !

Bridge ni bentuk U-shaped with 16 meter-long glass walkway dimana korang boleh enjoy beautiful panoramic view of the George Town dan sekelilingnya termasuklah Tanjung Tokong, Pulau Tikus and Air Itam, and the Penang Hill.

The view ^_^

Why I look awkward.. Hmm.. hahahhaaa

Group photo is a must ! 
Enjoy the feeling of being on the top of the TOP Penang

Sending you a lot of loveeeee~

Beautiful view from The TOP Penang - 5/9/2020




 The TOP View Restaurant @68th Floor 

Dan untuk dinner pulak kami terus ke The TOP View Restaurant yang terletak di level 68 ni sama level dengan Rainbow Skywalk Bridge tu.. Restaurant ni boleh dikatakan baru la jugak dekat The TOP Penang ni dimana korang boleh enjoy your dinner with the view of George Town Penang. 

#GengHoHo #MudahTerhibur
From left: Amir The Great, YM Zarnizar, Mathur Chicken Suzai, Captain AmeriKhai, Hasif The Kind, and yours truly ^_^ 

They offer wide range of option you can choose from. Kalau keliru nak pilih apa.. boleh la tanya recommendation from them. So, we asked a few recommendation from them.. berikut adalah makanan yang di suggest kan oleh mereka

Top View Grilled Chicken Chop - RM23.90

Spaghetti Bolognese - RM21.90

Top View Char Kuey Teow - RM18.90

Hainanese Chicken Rice - RM21.90

Nasi Lemak Chicken Rendang - RM21.90

Coconut Shake - RM9.90

Drinking Water - RM3.00
Cafe Latte - RM10.00
Cappuccino - RM7.00
Top View Teh Tarik - RM7.00


A nice place to chill and relax whit your family and friends

Overall, The restaurant ambience is pretty nice.. If you wish to get close-up look at the view you can pick the table next to the glass window. Waktu kitaorang sampai, tempat dekat next-to-the-window dah full and takde table for 6-pax, so kitaorang duduk je dekat table tengah-tengah tu.. still okay... The food is nice I would rate 3.5/5 overall.. Price consider affordable because of the place and location. The service..urmm.. well.. depends on the mood of their staff I guess.. Hahahaa.. Ada yang layan baik.. ada yang buat-buat tak nampak kami (atau memang dia tak perasan.. LOL).. 

Selain menikmati view sunset dekat pantai di Penang.. korang jugak boleh consider untuk ke The TOP Penang ni and enjoy the sunset view from the tallest skyscraper building at George Town. The vibe here pretty good.. I love it especially bila angin tiup tuu..wowww.. Fefeeling sangat!


For more info about The TOP Penang korang boleh ke website dia https://thetop.com.my/


Just a gentle reminder, ingat ye.. kita masih lagi dalam pertarungan dengan COVID-19.. so, please follow all the safety measure yang kerajaan dah tetapkan.. Ianya untuk keselamatan dan kesihatan diri kita dan keluarga tersayang.. so that kita boleh terus bercuti dan melakukan kerja harian kita dengan selamat. Stay Safe everyone !


Till then, xoxo



Thank You for reading this ^_^



No comments:

Post a Comment