Assalammualaikum and Hello everyone !
Sepanjang PKPB ni korang dah bercuti-cuti kemana je? Maklum la kita tidak boleh terbang bercuti ke luar negara.. Ini adalah peluang terbaik untuk kita #CutiCutiMalaysia and discover lagi tempat-tempat menarik di Malaysia. Secara tidak langsung ianya jugak dapat membantu ekonomi Malaysia
Baru-baru ni pika berpeluang bercuti ke Pulau Pangkor.. Mungkin ramai yang tidak tahu sekarang ni Pulau Pangkor merupakan salah satu Pulau BEBAS CUKAI di Malaysia bermula pada 1 January 2020 awal tahun hari tu. Sejujurnya pika tak ingat la bila last time pika jejakkan kaki di Pulau Pangkor. probably when I was a kid. Waktu kecil-kecil pergi ke Pulau Pangkor bersama keluarga. Hehehee. But now I'm back again at Pangkor Island.. WEE~
Pulau Pangkor terletak di daerah Manjung Perak dimana ianya merupakan salah satu tempat perlancongan dan juga perikanan di Malaysia.. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 3 jam dan kami memulakan perjalanan kami dari Marina jeti.
Overall, 2 malam stay dekat Pangkor Village Beach Resort ni memang selesa and best. Paling best sebab bilik kami menghadap ke pantai taw so memang dengar bunyi ombak tu.. MashaAllah sangat la tenang dengar bunyi ombak tu.. Memang nyenyak kami tidur malam tu. Hehehe..
Untuk Booking di Pangkor Village Beach Resort boleh contact number ni 011-1407 6242
Price Range bilik bermula dari RM180/night. Ianya ikut jenis bilik yang anda pilih dan tarikh.
Kenapa perlu memilih Pangkor sebagai tempat percutian anda?
1) Pulau Pangkor merupakan salah satu Pulau yang terjaga cantik dan jugak boleh dikatakan antara pulau yang terdekat dari Kuala Lumpur
2) Pulau Pangkor jugak merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan anda
3) Cuaca yang baik dan keadaan pantai yang bersih
4) Mudah nak cari tempat penginapan dan tempat makan
5) Mudah untuk mencari trasport untuk sewa dan bersiar-siar sekitar pulau
6) Keadaan Pulau adalah selamat untuk pelancong kerana penduduk disitu sangat baik dan ramah. Kalau ada sebarang soalan nak tanya.. mereka berbesar hati nak bantu
7) Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik (selain snorkeling) yang anda boleh lakukan..Haaa..yang ni nanti i share
8) Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau BEBAS CUKAI di Malaysia jadi ianya waktu terbaik untuk beli souvenir seperti coklat dan perfume.. WEE~
Disebabkan PKP baru-baru ni, ramai kata Pulau Pangkor ni semakin bersih dan air pun semakin jernih. Memang tenang sangat tengok pantai dia yang "emerald color" dengan tiupan angin yang nyaman dan bunyi ombak yang tenang. Fefeeling habis lahhh~ Pangkor ni popular dengan resort-resort yang menarik untuk menginap dan ianya jugak merupakan salah satu tempat perikanan di Malaysia. So, korang boleh visit tempat perikanan mereka bagaimana mereka beroperasi untuk mendapatkan sumber hasil laut.
Selain aktiviti snorkeling, korang sebenarnya berpeluang melakukan pelbagai jenis aktiviti yang lain.. Haaaa.. aktiviti apa?? Pika akan share kan di entry yang lain. Kiranya..pika akan listkan untuk korang supaya korang mudah nak refer nanti okeh..
Tunggu.....
Till then, xoxo
Thank you for reading this ^_^
No comments:
Post a Comment