Sunday, August 02, 2020

The Serai Cottage Boutique Hotel, Kuala. Berang Terengganu

Assalammualaikum and Hello everyone !

Selepas selesai aktiviti kami di Lata Kolam, kami ke Kuala. Berang sebab ada aktiviti tubing di Little Amazon, Sg. Berang. Tempat menjadi pilihan kami untuk bermalam di Sg. Berang ialah The Serai Cottage Boutique Hotel, Kuala. Berang. Haaaaa.. mesti macam tak percayakan dekat Sg.Berang pun ada Boutique Hotel yang cantik dan berkonsepkan modern kontemporari. Lokasi hotel ini dalam kawasan perumahan taw so jangan pelik bila you follow waze tu dia bawak ke kawasan perumahan. Hehehee..


Ini la entrance to The Serai Cottage Boutique Hotel

Tempat ni sesuai buat mereka yang ingin berjalan di area Kuala Berang tidak kira lah atas urusan kerja ataupun untuk bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Percaya atau tidak tempat ni sebenarnya sangat la popular di kalangan pengunjung terutamanya pada musin perayaan dan jugak cuti sekolah kerana lokasi nya yang strategik dan kemudahan yang lengkap.

Waktu kami sampai di kawasan Hotel tu kami teruja dengan design dan dekorasi di hotel ini kerana mereka menggunakan konsep yang moden kotemporati yang up-to-date dengan keadaan semasa. Not like any other typical hotel gituu


reception area
 24-hour front desk and free WiFi

Once you arrived, macam biasalah check-in dan sebagainya. Jangan risau kerana tempat ni mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bagi keselamatan para pengunjung. Setiap bilik akan dia kemas dan di sanitize kan sebelum mereka menerima pengunjung yang lain.

sumber: google
Dinning Area

The moment you enter the hotel.. you akan terus ke bahagian dining area mereka. They utilize each area every well supaya mereka boleh provide kemudahan yang terbaik untuk anda. Di sini lah tempat anda untuk breakfast/ lunch. Another reason you should stay here is because of their breakfast.. A halal breakfast is available every morning at the hotel.  SEDAP wehhhh! Pagi pagi mereka dah hidang pelbagai jenis juadah lokal di Terengganu seperti Nasi Dagang, Nasi Lemak, Roti Jala, Toast and moreee.. Pagi tu I sempat makan Nasi Dagang dengan Roti Jala dia.. SEDAPPP! Tapi disebabkan pagi tu kami kesuntukan masa nak berkejar ke tempat lain jadinya tak sempat nak rasa semua jenis juada. Takpe... Ada rezeki kami datang lagi.. Hehehee..





Okay, now let's do Room Tour~
Di sebakan kami ber-lima pada hari tu jadi kami stay 2 jenis bilik iaitu Deluxe King Room (for ladies) and Family Room (for boys)



 DELUXE KING ROOM 

The coffee table tapi jadi tempat kami bersolek. Hahahaa..

I reeeeaaallllyyyyy like this room! It is spacious and the decoration is sooo nice! I LOVE IT. plus they use yellow as their main colors and it pops-out the room decoration even more. The room is complete with amenities for our convenience. The bed is comfortable, they have iron, fridge, television,  tikar sembahyang, coffee & tea and more. The toilet also spacious and the water pressure also good. Overall, i tidur dengan nyenyak nyaaaa malam tu. Hehehe.. 



 FAMILY ROOM 

This is room for boys, this is the Family Room di mana berkonsepkan sepeti Apartment dalam satu rumah ada 2 bilik dan ruang tamu yang luas. Memandangkan boys lebih ramai jadi mereka dapat bilik yang lebih luas. 


Family Room di The Serai Cottage Boutique Hotel ni sangat HOT SELLING ye especially bila musim perayaan atai cuti sekolah. Cepat sold out sebab ramai yang datang bersama keluarga untuk bercuti mereka selesa untuk menetap di sini bukan saja luas malas mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Can fit up to 6-8 pax macam tu, Room yang mereka dapat ni ber view kan swimming-pool pulak tu. Memang cantik. Dekorasi bilik jugak cantik dan kemas. They yellow color definitely pops-out the decoration even more!


Petang tu kami sempat bermandi-manda di Swimming Pool. Kebetulan kerajaan dan annouce boleh mandi swimming pool kami pun ambil peluang ni untuk mandi manda. Swimming Pool dia agak luas dan dalam ye gais. Pada mereka yang suka berenang ianya satu kepuasan sebab pool dia luas dan dalam. Hehehe.. Pada mereka yang tak reti berenang jangan risau, mereka ada jugak bahagian yang tak berapa dalam.. Hehehe.. Ohh ye.. Dorang inform that The Serai Cottage Boutique Hotel ni the only hotel di Kuala Berang yang ada swimming pool.. wuuuuu~

sumber: google
Kalau anda ke Kuala Berang Tereangganu, I recommend untuk korang stay di The Serai Cottage Boutique Hotel ni kerana lokasi yang strategic dan convenient untuk para pengunjung.

Berikut antara tempat-tempat menarik yang korang boleh visit ketika di Kuala Berang:-
- melawat memorial batu bersurat
- makan baung masak tempoyak
- makan roti binjai xxl
- melawat warisan pahlawan
- berkayak dan bertubing
- berkelah di air terjun sekayu
- makan roti sekayu dapur kayu
- rasa tomyam ikan

*credit to @amazingterengganu


Itu la pengalaman kami stay at The Serai Cottage Boutique Hotel, Kuala Berang. Overall, we satisfied with the room and the service. InshaAllah, ada rezeki kami datang lagi..

Kalau korang berminat untuk stay at The Serai Cottage Botuique Hotel, Kuala Berang ni korang boleh booked dekat Agoda atau Booking.com. Kalau nak booking waktu peek season atau musim perayaan make sure booking awal-awal taw.



Price range: RM120-RM180/ night
*bergantung pada jenis bilik, promosi dan tarikh anda. 




By the way.......

Sneak peek of our experience Tubing at Little Amazon, Sg. Berang, Terengganu.
We had so much fun that day and didn't expect we have to do "crunches" for about 2-3 hours.. yeah.. hahahahaa... I was expecting "abs" at that time. LOL!! Hahahaa

Dari permulaan Tubing sampai akhir.. kami gelak tak henti.. adoii.. bayangkan gelak sambil buat "crunches".. WOWW.. Hahhaaa.. Bila ingat balik memory ber Tubing.. memang akan gelak ye sebab macam-macam karenah.. Hahahahaa.. yang sorang tertinggal dekat belakang siap nak buat Facetime.. yang sorang nak buat formasi ber Tubing.. yang sorang tenggelam tapi diam.. yang sorang sibuk nak selfie sampai terlanggar pokok.. Adoiiii.. mahciam mahciammm...




Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^




3 comments:

  1. masa saya ada urusan di Kuala Berang pun saya duduk sini.. sangat cosy dan comel. harga pun berpatutan sngt.

    ReplyDelete
  2. puas hati duduk hotel ni. harga murah tapi facilities & amenities semua lengkap.

    ReplyDelete
  3. Selesa sangat stay kat sini. Dekat dengan banyak aktiviti nature juga. Ok rasa nak repeat stay kat sini lah kalau ke Kuala Berang lagi!

    ReplyDelete