Friday, August 21, 2020

Aktiviti-Aktiviti Menarik di Banghuris Homestay, Sepang [PART 2]

 Assalammualaikum and Hello everyone !


Saya kembali dengan penuh gayaaa..WEEE~

Kali ni pika nak sambung la cerita aktiviti-aktiviti di Banghuris Homestay PART 2.. Macam I cakap sebelum ni.. Aktiviti yang kami lakukan banyak and I rasa kena cerita semuaaaa.. Hahahaa.

.For your information, sepanjang trip kami di Banghuris Homestay, kami semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Apa orang cakap.. Travel with responsibility and practice safety measures all the time. InshaAllah, doakan yang baik-baik untuk keselamatan dan kesihatan bersama..




 Dragon Fruit Factory 

Aktiviti kami selepas makan tengari hari tu ialah, kami ke Ladang Buah Naga. Pika selalunya tengok dari luar je la ladang Buah Naga.. tak pernah pulak masuk sampai ke ladang. Kiranya, ini merupakan pengalaman pertama pika ke Ladang Buah Naga la.. Sebelum ni tahu beli dan makan Buah Naga je.. Hehhee.. Ini adalah salah satu aktiviti yang menarik korang boleh lawati di area Sepang. 

Sebenarnya dekat area situ banyak Ladang Buah Naga tapi kami pergi di HL Dragon Fruits Eco Farm kerana ianya lebih komersial dan terbuka untuk para pengunjung. Lokasi HL Dragon Fruits Eco Farm ni tidak jauh dari Banghuris Homestay tu. Perjalanan dalam 15-20 minit sahaja dah sampai. 

Di sini mereka terima lawatan pengunjung dengan secara terbuka dimana korang boleh datang melawat ke kawasan kebun untuk meilhat Buah Naga sambil mendegar penjelasan tentang Buah Naga, bagaimana proses pembesaranya pokok Buah Naga itu dan bagaimana ingin mengenalpasti buah itu dah sedia untuk dipetik atau tidak. Yang lebih menarik nya... mereka jugak membuka puang untuk para pengunjung untuk merasai pengalaman memetik Buah Naga.

Banyak khasiat Buah Naga ni seperti seram, kalsium, zat besi and fosforus yang bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah Naga jugak popular kerana dikhabarkan ianya dapat membantu merendahkan risiko penyakit kanser. 

Pokok Buah Naga ni sekali tengok macam pokok kaktus.. ehh bukan macam.. memang.. ianya memang tergolong dalam keluarga kaktus. Hehehee..

Buah Naga ni luarnya berwarna merah-merah jambu macam tu dan isinya ada yang ber warna putih, merah atau ungu lepas tu ada taburan biji-biji warna hitam. Pika rasa ini adalah pengalaman yang menarik terutamanya buat mereka yang suka kan Buah Naga dan juga ingin merasai pengalaman memetik buah naga sendiri. Kalau anda ingin memilih Buah Naga, pilih buah yang segar, berat dan bersisik. Ianya sedap dimakan begitu saja atau korang boleh jadikan jus dan ramuan masakan yang lain. 

Dekat sini jugak korang boleh beli Buah Naga ni terus.. FRESHHH

Lagi satu istimewanya di HL Dragon Fruits Farm ni, mereka juga ada restaurant dimana anda boleh merasai pelbagai jenis masakan yang di reka khas oleh pihak mereka untuk jamuan para pengunjung. Yang bestnya tu.. semua makanan berasaskan Buah Naga. UNIK kan..





Untuk makan malam pada hari itu kami ke Kawasan Orang Asli di Banghuris Homestay ni dan disambut dengan meriah oleh Orang Asli di situ. Korang jangan salah faham taw.. Orang Asli dekat Banghuris Homestay ni pun dah up-to-date.. Katanya lebih canggih dari orang kite ni.. Fuyooo..

Sepanjang kami menetap di Banghuris Homestay ni kami banyak dijamukan dengan hidangan masakan kampung. MASHAALLAH sedapp wehh.. Memang RIP la diet time tu.. I makan tak ingt donia... Hahahaa..






 Kite Making Session  

Untuk ke-esokan hari nya, pagi tu ada aktiviti buat Layang-Layang. Menarik kan!!

Haaaa.. sebelum tu... nak tanya... korang tahu tak apa bezanya LAYANG-LAYANG dan WAU??
Hehehe.. sebenarnya sama je dua-dua itu cuma nya panggilan yang berbeza mengikut negeri. Contoh macam dekat belah utara & pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah mereka panggil WAU dan di sebelah pantai barat macam dekat Selangor, Melaka dan Johor mereka panggil LAYANG-LAYANG.. Memandangkan Banghuris Homestay ini di Sepang, Selangor.. jadinya kita pangil Layang-Layang..

Dari kecil pika memang dah familiar dengan Layang-Layang ni sebab kalau pergi pantai tu kan.. kita tengok budak-budak lain main Layang-Layang kita pun tergedik-gedik nak main jugak.. mula la bodek ayah.. nak main Layang-Layang.. Hahahaa.. Tapi Layang-Layang time kecil tu yang jenis warna warni pelangi tu.. Haaa.. memang sesuai la untuk kanak-kanak..Tapi bila dah besar ni.. ehhhh.. tak kan nak main layang-layang budak-budak lagi kan.. kita mesti la nak gahh sikit.. Muahahahaaa.. nak main yang bentuk lelawa ala-ala professional tu.. Wakakaka..
**Ahhh kau pika.. terbang kan layang-layang pun fail.. Hahahaa

Boleh dikatakan permainan Layang-Layang ni sesuai untuk semua peringat usia dari yang kecil sampai la dewasa. Pada hari tu kami di dedahkan sedikit tentang sejarah layang-layang ni. Proses pembuatan nya dan jugak teknik-teknik yang perlu ada untuk siapkan satu layang-layang.
Tengok kakak kita sorang ni beraksi untuk buat layang-layang..
"Kak Min, dah siap ke belum Layang-Layang tu?? Tak sabar nak tunggu hasilnya.. Hahahaa" :P

tekun sungguh ye.. hehehe

Kami bertuah pada hari tu kerana di ajar oleh mereka yang berpengalaman dan mereka jugak tidak lekok untuk kongsikan ilmu-ilmu pembuatan layang-layang dengan kami. Untuk pengetahuan anda semua, proses untuk menyiapkan bingkai layang-layang itu sahaja mengambil masa sehari untuk mereka yang professional. Hahahhaa.. Bayangkan la kalau kami yang buat.. tak tahu bila siap.. hahahaa..
Nasib baik la mereka sangat baik hati dah siapkan bingkai layang-layang untuk kami pada hari tu.. Kami hanya perlu menghias dan memilih warna yang sesuai sahaja.. 
Pink and Yellow, what a perfect duo ~
Adakah anda sudah bersedia.. Hahahaa.. 
Setelah selesainya sesi membuat Layang-Layang tadi.. maka mereka pun demonstrasi bagaimana untuk terbangkan Layang-Layang tu.. Semua orang berkobar-kobar ye nak tengok Layang-layang tu terbang. Nasib angin pada hari tu agak baik jadinya mudah untuk Layang-Layang tu terbang..


Tudia..tudiaa.. nampak tak bertapa semangat nya sis terbang kan Layang-Layang tu.. padahal belakang takbir asik gelak je.. Hahahaa.. Sebenarnya time tu ada pertandingan jadi kami semua pun dibahagikan dalam kumpulan dan bertanding untuk terbangkan Layang-Layang tu.. Nama pertandingan tu "Fly Me To The Moon". Mereka akan tengok Layang-Layang siapa yang masih GAH terbang paling lama. Ianya dinilai melalui ketegangan tali Layang-Layang tu.. 


Memandangkan kami ni baik hati.. maka kami pun bagi la peluang dekat mereka untuk menang.. Hahahhaa :P
Mereka la yang berjaya terbangkan Layang-Layang gahhh di awangan~
Tahniah gaiss.. tak sia-sia ye catwalk bagai.. Hahahaa..




 Making Param 

Selepas lunch, kami ke Bonda Chantique Service,  untuk jumpa dengan pakar kecantikan dan kesihatan secara traditional yang lebih dikenali sebagai Bonda. Bonda ini terkenal dikalangan rawatan traditional malah bonda juga ada mengajar ramai orang bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura dan Korea katanya.. KURLASSS wehh.. orang Korea pun nak belajar teknik kecantikan dan kesihatan traditional Melayu ni okehh.. Yang kite ni sibuk nak beli product made in Korea.. Wakakaka... *ngate diri sendiri ke macam mana ni.. Hahahaa

Jadi waktu kami sampai hari tu, bonda dah sedia kan barangan herba-herba dan peralatan.

Siapa kenal ni rempah apa???

Pada hari tu, Bonda tunjukkan cara untuk buat Param.. 

Param ini merupakan rawatan sapuan pada seluruh badan (kecuali area payudaya) untuk membantu melancarkan peredaran  dan mengelakkan 'angin' masuk ke dalam badan. Lebih senang nak korang bayangkan macam 'bedak sejuk' tapi Param ni dilumurkan di badan. Cara nak bancuh dan penyediaan macam pakai bedak sejuk tapi disapu pada badan. Param ni kalau sapu dia tak rasa sejuk tapi dia rasa panas-panas manja gituu.. 

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat param ini adalah halia, halba, sireh dan limau kasturi dan lain-lain..

Param ini selalu dipakai oleh wanita berpantang dan ianya adalah ramuan turun temurun yang memberi manfaat kesihatan untuk ibu baru melahirkan bayi. 

Nampak tak semangat nya kami menguli untuk buat Param tu

Selepas masing-masing dah mahirkan teknik membentukkan Param


Tadaaaa~ dah siapp.. Sekali tengok macam kuih raya la pulak kan. Hahahaa

Adakah Param ini sesuai untuk Ibu Mengandung sahaja??

Jawapannya adalah TIDAK. Bodan cakap, semua orang pun boleh pakai Param ni sebenarnya.. baik lelaki mahupun wanita.. Kerana ianya membantu menyegarkan dan memanaskan badan secara tidak langsung memudahkan untuk kita buang 'angin' dalam badan dan meredakan sakit-sakit badan. 

Sejujurnya, kalau pika tak pergi sini mungkin sampai sekarang pika tak tahu apa itu Param. Hahaha.. Kita Melayu ni sebenarnya banyak sangat rawatan traditional yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Tapi itu lahh.. disebabkan sekarang zaman teknologi, jadi tak ramai yang tahu atau berminat untuk belajar lebih mendalam tentang rawatan traditional ni. 

Pika kagum dengan Bonda kerana Bonda masih mengekalkan tradisi ni dan Bonda jugak menurunkan ilmu kenapa anak-anak dan student nya. So, kepada sesiapa yang berminat untuk berlajar rawatan kesihatan tradisonal, korang boleh la contact Bonda +6019-3708915










 Belulang Lembu making  

Okay, I boleh jamin masih ramai antara korang tak tahu apa itu BELULANG kan?? HAAAA~

Sebenarnya pika pun tak tahu awal-awal tu.. IHIKSS.. Baru tahu lepas pergi jalan-jalan di Banghuris Homestay ni. Belulang itu adalah kulit lembu! YESS.. jangan terkejut ye gais.. Ramai rupanya peminat kulit lembu ni. Macam pika.. memang first time dengar time tu.. Kawan pika, si Farah tu excited sangat dia dapat makan kulit lembu hari tu.. Kegemaran dia katanya.. WOWW... I is kagum..


Ini kulit lembu selepas di bersihkan

Proses nak buat Belulang ni makan masa and kesungguhan yang tinggi. Hehehe..
Selepas tengok proses membuat belulang ni baru i faham dan hargai makanan ni. Muka mudah ye gais.. 

Sekarang I nak share step-by-step macam mana mereka ni buat belulang

 1) MENJEMUR 
Kulit lembu akan dibersihkan dan dijemur paling kurang 3 bulan. WOWW kan!
Lama okeh untuk jemur kulit lembu ni. 

 2) MEMBAKAR 

setelah jemur, mereka akan bakar kulit lembu itu sampai jadi hitam nampak macam rentung. Proses ni adalah untuk membakar bulu kulit lembu itu. 


Ini la rupa kulit lembu yang telah dibakar sehingga hitam. Tapi jangan risau.. yang hitam tu hanyalah bulu kulit lembu tadi

 3) MENGIKIS 

Ini la rupanya kulit lembu tadi selepas dikikis dan dibuang kesan rentung tadi. 


 4) MEREBUS 

Lepas dikikis bersih-bersih, mereka akan rebus kulit lembu itu. Proses nak rebus tu makan masa ber jam-jam juga lah. Untuk pastikan kulit itu betul-betul masak dah lembut untuk di masak dan makan 


 5) DIPOTONG 
Kemudian baru lah dipotong-potong mengikut saiz yang bersesuaian untuk dimakan dan dipasarkan

nampak tak step-by-step disitu

Setelah selesai, mereka akan packing kan untuk di pasarkan dan jual
Kepada peminat-peminat kulit lembu, korang jugak boleh dapatkan di Banghuris Homestay ni. Mereka jual dengan harga yang berpatutan.

Antara masakan yang boleh dimasak dengan belulang ni adalah seperti Masak cili api, sambal belulang, belulang asam pedas dan lain lain. Selalunya, kalau korang beli Belulang yang dh siap packing ni.. proses nak masak dia dalam 15-20 minit sahaja.. Belulang tu dah lembut untuk dimakan. 





 Picking & Processing Coffee Session  


Aktiviti terakhir kami sebelum kami berangkat pulang dari Banghuris Homestay ini ialah.. Coffee planting tour. Siapa penggemar kopi mesti suka tengok proses ni. Macam pika sendiri, dulu pika tak suka minum kopi taw.. anti-teruk! sebab kalau pika minum kopi pika susah nak tidooo.. But lately, awal tahun ni lahh.. pika mesti every morning minum kopi. I need kopi to energize myself.. Pika rasa ini jugak merupakan faktor peningkatan usia.. Hahahaa.. Itulahh.. orang cakap jangan terlalu benci sesuatu.. Risau nanti terlekat..tersuka.. Hahahaa.. keep things in moderation..#ehhh tiberrrrr~


Okay, bukan nak cerita pasal pika punya kopi history.. Nak cerita tentang pengalaman kami Coffee Panting Tour di Banghuris ni. Apa yang menariknya di sini, mereka masih mengekalkan teknik pemprosessan traditional dari zaman nenek-moyang dulu lagi taw.. Kalau nak ikutkan, zaman sekarang ni, dengan teknologi yang canggih, mesin & peralatan yang up-to-date memang banyak hasil kopi boleh dapat tapi di sini mereka ingin generasi muda tahu bagaimana orang dulu-dulu memproses kopi.. 

Kepada sesiapa yang tak pernah tengok pokok kopi.. Ini la rupanya

Kenapa dah sama blend macam pokok kopi tu pika oii.. hahahaa.

Mereka menunjukkan bagaimana kopi itu di proses dari awal sehingga akhir. Bagaimana mereka memetik buah kopi, mereka keringkan dan jugak bakar..

biji kopi setelah dipanggang

 selepas biji kopi dipanggang, mereka akan menumbuk sehingga hancur 



Ditapis untuk dapatkan serbuk kopi


Maka dengan ini, tamat sudah la trip kami di Banghuris Homestay, Sepang, Selangor.. Banyak jugak la pika belajar dan experience sepanjang trip ni. Kenal balik tradisi nenek-moyang kita.. bersuai-kenal dengan orang-orang kampung, memahami gaya hidup mereka and paling best sepanjang trip ni makanan diaa.. MASHAALLAH sedap!!! Masakan kampung yang fresh and UMPHH~ gituuu.. Thank you sangat-sangat kepada makcik-makcik yang awesome masak sedap-sedap! I IZZ HAPPY.. Hehehe

I would like to express my gratitude to Gaya Travel Magazine for the invitation along with Selangor State Economic Planning Unit (UPENs) and Majlis Kebudayaan Negeri Selangor for this wonderful experience. 




I dengan Farah plan nak datang lagi ke Banghuris Homestay nanti nak jumpa dengan Mama Angkat kami.. Weee~ InshaAllah jika ada kelapangan waktu.. Kepada mereka yang berminat untuk experience this type of homestay boleh contact number-number yang pika list ni kan ea. Kerana mereka merupakan person-in-charge for Banghuris Homestay..

Contact: 
013-3003942 - Hj. Basir
013-3919547 - Hjh Misrah
017-6303601 - En.Azizi

Email: banghuris_homestay@yahoo.com

Location: Jalan Tailong Kg. Hulu Chuchoh, 43950 Sg.Pelek, Sepang, Selangor

Waze: Banghuris Homestay





Till then, xoxo



Thank you for reading this ^_^





No comments:

Post a Comment