Thursday, July 30, 2020

Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh Terengganu

Assalammualaikum and Hello everyone !

Beberapa minggu lepas my friends and I pergi ke Terengganu untuk #CutiCutiMalaysia. This mark as my second holiday/vacation after PKP. Memandangkan kita tidak boleh bercuti ke luar negara jadi kami plan untuk #CutiCutiMalaysia and explore tempat-tempat menarik di Malaysia. Secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara Malaysia dan support Domestic Tourism gitu. Tak perlu beriya nak keluar negara.. Ayuh kita discover tempat-tempat menarik di Malaysia. WEEEEE~ 

Special shout-out to @amazingterengganu sebab introduce kan kami tempat-tempat menarik di Terengganu. Make sure korang follow instagram @amazingterengganu untuk dapatkan info-info terkini dan menarik tentang Terengganu okay.



Sebagai permulaan Percutian kami ke Terengganu, kami ke Lata Kolam Air Deru Ecopark yang terletak di Jerteh, Terengganu. Boleh dikatakan "hidden gem" jugak la tempat ni sebab masih ramai yang tidak familiar dengan tempat ni. Tapi pengunjung tetap meriah walaupun weekdays. Kalau weekend mungkin lebih meriah. Tempat ni sesuai untuk spend quality time with family and friend while enjoying the nature. Paling best sebab dalam satu tempat ni sediakan perbagai kemudahan asas untuk para pengunjung.



Okay now I nak ceritakan sedikit sebanyak tentang Lata Kolam ni dan apa yang membuatkan tempat di special.

Entrance Fee: RM2/pax


Kami stay di Tube Lodge. Sangat cantik! 

Korang boleh datang balik hari atau boleh pilih untuk stay di situ kerana mereka juga provide accommodation buat pengunjung yang nak merasai bermalam dalam nature. Gituuuu~ Antara jenis-jenis tempat tinggal yang available di Lata Kolam adalah seperti Tube Lodge, Glamping, Tent, Hammock dan lain-lain. 

ni Tube Lodge di kawasan atas

Price range: RM80-110/ night
**toilet dekat dengan tube tu so mudah la nak ke toilet. Tak perlu menapak jauh.

Satu tube lodge ni muat untuk 2 adults 

Ini la rupa kami dalam Tube tu.


My experience stay dekat Tube Lodge ni Alhamdulillah baik. Selesa la untuk stay 2 orang sebab dalam tu dah ada katil queen. Kemudahan yang ada dalam Tube tu adalah seperti kipas, soket/plug, dan tempat letak beg/barang di kiri dan kanan. Compact style gituu.. Untuk solat, kami solat di luar tube ye sebab tak muat nak solat dalam tu.. Hehehee.. Percaya atau tidak, kami tidur malam tu tak tutup pintu.. hahahaa.. sebab kami mahukan udara yang nyaman dan Alhamdulillah selamat sebab kami stay di Tube bahagian atas. Kalau bahagian bawah mungkin kena tutup pintu sebab orang lalu lalang kan. Hehehee.. Yang penting I tidur dengan nyenyak nya.. Bangun-bangun pagi tu secara automatik nya terseyum sendiri sebab dapat tidur yang nyenyak. Hehehee.. 





Dekat Lata kolam terdapat 3 peringkat of air terjun/ air sungai


 1) PENGKALAN SURI  

Dekat sini sesuai untuk mereka yang membawa anak kecil untuk mandi manda sebab air nya lebih cetek dan lebih selamt dari segi struktur batu-batu dan kelajuan air tu. 

Sepanjang perjalanan ke air sungai tu korang boleh tengok ada tempat-tempat untuk picnic dan pondok-pondok untuk anda beristirehat. 

boleh spend quality time dengan family 

As you can see, ketinggian air tu paras betis kami sahaja so selamat untuk anak-anak kecil bersuka ria mandi manda. Untuk lebih selamat anda jugak boleh sewa pelampung. Yang paling kami teruja ialah kejernihan air dia.. woww! Sepanjang kawasan kami lalu ni memang bersih dan tiada bau-bau pelik. 

Lihatlah bertapa gembiranya mereka bermandi manda.



Aktiviti Memanah

Dekat pangkalan Suri ni jugak ada satu area untuk pengunjung mencuba aktiviti memanah. 
Kot-kot la dah puas mandi-manda di sungah sementara nak tunggu badan kering tu boleh la korang cuba aktiviti memanah ni. 

Haaaa.. nampak tak ada.. gaya pemanah antarabangsa disitu. Hahahaaa :P

Ianya agak addicted ye, nak nak bila u tengah panah sekali kena target.. korang akan rasa nak cuba lagi dan lagi dan lagi.. Hehehee.. 

Price range: RM5/ 7 arrow







 2) PENGKALAN DUA  

Seterusnya Pengkalan Dua dimana kawasan ni selalu menjadi tarikan untuk pengunjung kerena kawasan nya lebih lapamg dan air sungai nya lebih dalam. Sesuai untuk dewasa kalau ada anak-anak kecil make sure dibawah jagaan orang dewasa ye. 

Sepanjang perjalanan, korang boleh nampak tapak-tapak untuk berkhemas dan picnic/ bbq

bersihkan kawasan dia

Ini la rupa Pengkalan Dua 

Airnya jernih dan stuktur batu-batu dia pun kemas dan selamat untuk para pengunjung santai bermandi manda. Kalau di Pengkalan Dua air dia dari paras pinggang hingga ke paras leher i (tinggi 168') so memang kena berhati-hati.. make sure pijak pada batu yang betul untuk keselamatan. 


Pengkalan Dua ni merupakan "hot spot" buat para pengunjung di Lata Kolam kerana tempatnya lebih strategik dan air sungai pun tidak terlalu cetek atau terlalu dalam. Ramai pengunjung akan ke Pengkalan Dua untuk santai-santai bermandi-manda.






  PENGKALAN RAJA  

My favorite spot ever! 
Ini la rupa Pengkalan Raja atau lebih dikenali sebagai emerald pool as you can see in the picture.. warna air dia emerald okeh! Sangat la jernih dan cantikkk. Dekat sini only for adult ye. Kanak-kanak tidak digalakkan sebab terlalu dalam. 

still can't get over of this!!

selfie sikit

Kami siap bawak our own floats 
Untuk mandi-manda di kawasan ni korang kena pakai life-jacket untuk keselamatan sebab serious dalam ye tempat ni.. dalam yang tak boleh nampak dasar.. jeng jeng jeng.. hahahhaaa.. tapi best bila berenang tuuu.. i sukaaaaa

nama float ni Robert

Yang ni pulak Cici.. Hahahaa

Tenang je tengok kehijauan alam serta bunyi air terjun tu..

The memory still fresh in my mind




Dekat Lata Kolam ni ada jugak yang buat untuk Event, Family Day, Team Building, Student Program dan lain-lain. For more info korang boleh contact mereka melalui:-


Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^




3 comments:

  1. cantiknya !! kalo da kesana tu mmg kena terus ke Raja tu la..
    baru puas hatiii..

    ReplyDelete
  2. lawaaa gila lata kolam ni!serious ada rezeki nnt nak datang lagii. btw rip robert hahaha

    ReplyDelete
  3. Wahhh lawanya gambar-gambar Pika! Ini buat rindu nak pergi trip dengan korang lagi ni. Btw bestkan tempat ni! Sangat best dan yang penting sesuai semua peringkat usia!

    ReplyDelete