Assalammualaikum and Hello everyone !
Alhamdulillah.. sekarang slowly kita dah boleh berjalan-jalan #CutiCutiMalaysia.. Haaa.. I nak share satu attraction yang korang boleh visit dekat Kuala Lumpur iaitu Kompleks Kraf Kuala Lumpur. To be honest, this is my first time sampai dekat Kompleks Kraf Kuala Lumpur and everything here pretty interesting ! It is not like any typical museum.. Bagi peminat seni kraf dan budaya.. this is for you!
Now they are back operating as usual after the pendemic on COVID-19. Anda semua boleh mula melawati Kompleks Kraf Kuala Lumpur everyday from 9:00 am - 7:00pm. Masuk adalah PERCUMA (for now). They have new attraction for Kraf Songket, Logam, Anyaman Rotan dan Ukiran Kayu.
Kompleks Kraf Kuala Lumpur ni popular dengan aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf mewarna batik dan seramik, kini dimeriahkan lagi dengan aktiviti kraf tenunan songket, pembuatan logam, anyaman rotan dan ukiran kayu yang ditempatkan di Perkampungan Kraf dan Karyaneka Kraf Butik.
Sebelum anda masuk, mereka akan menjelaskan tentang garis panduan amalan new norm seperti penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri. Kita sebagai pengunjung harus la patuh dengan SOP yang ditetapkan.
Di Kompleks Kraf Kuala Lumpur mereka menyelaraskan jadual lawatan secara berkumpulan agar tidak berlaku kesesakan pengujung pada satu-satu masa di premis Kompleks Kraf. Jadi, masih ada penjarakkan sosial bagi pengunjung di situ.
Proses pembersihan dilakukan setiap hari terutamanya di kawasan umum dalam premis Kompleks Kraf sperti Muzium Kraf, Galeri Kraf Warisan, Karyaneka, Perkampungan Kraf dan Pelukis, kaunter, lobi kafeteria, tandas, surau, lif dan tong sampah. Proses pembersihan dilakukan setiap hari. Jadi anda tidak perlu risau untuk melawati Komplek Kraf Kuala Lumpur kerana mereka sangat prihatin tentang SOP yang di tetapkan oleh kerajaan.
Selain itu mereka menyediakan alat pelindung diri yang sesuai seperti penutup mulut dan hand sanitizer di setiap kaunter, pintu masuk dan kawasan yang dilawati oleh pengunjung dan kawasan premis Kompleks Kraf. Anda juga perlu scan bar code atau isi butiran dan saringan suhu badan di setiap premis yang dilawati. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan kita bersama. Jangan ambil remeh ye perkara-perkara seperti ini. Sila patuhi
Kompleks ini menjadi tumpuan lawatan oleh pelajar-pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dan kelab secara kumpulan atau individu dari semasa ke semasa. Ia juga jadi lokasi rasmi penganjur program atau acara bertaraf kebangsaan dan antarabangsa menjadikan kompleks ini tarikan kepada pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Negara.
Kompleks Kraf Kuala Lumpur juga pernah menerima pengiktirafan Kuala Lumpur Mayor's Toursim Awards (Tourist Attraction Category) tahun 2011 dan Kaunter Terbaik (tempat ketiga) semprna Hari Inovasi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tahun 2011. Komplek Kraf Kuala Lumpur juga tercalon dalam senarai akhir Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018.
Tarikan utama pengunjung adalah seperti Karyaneka, Perkampungan Kraf, Perkampungan Pelukis, Interaktif Kraf serta Ikonik Pelancongan seperti Keliring, Tangga Melaka, Kereta Lembu, Rumah Melayu dan Peti Surat 'Victorai Pillar'. Bagi Lawatan Khidmat Iring melibatkan bilangan peserta yang besar akan bermula September 2020. Kompleks Kraf Kuala Lumpur berbangga menjadi pusat rujukan maklumat pelancong khususnya dalam seni kraf yang mana kompleks ini juga merupakan ahli kepada Pacific Asia Travel Association (PATA) Malaysia Chapter dan Kuala Lumpur Tourist Association (KLTA)
I sempat jugak melakukan aktiviti mewarna batik di salah satu permis yang ada di Perkampungan Kompleks Kraf Kuala Lumpur ni. Seronok dapat belajar and experience this myself. Tetiba macam terserlah bakat yang terpendam tu. Ihikkk..
Sambil berjalan-jalan tu pastikan anda patuhi SOP yang ditetapkan. Pasti kan anda kekal menjaga kebersihan diri dan pakai penutup mulut dia sebagai langkah-langkah berjaga. #StaySafe everyone !
Jom #CutiCutiMalaysia
Till then, xoxo
Thank you for reading this ^_^
No comments:
Post a Comment