Friday, December 27, 2019

Rinching Terrace Wedding & Event Space, Kajang

Assalammualaikum and Hello everyone !

Ahaaaa..Mesti ramai yang bakal tamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2020 kan?? Tahun tarikh yang cantik la katakan. Ramai jugak dari kalangan rakan-rakan pika yang bakal tamatkan zaman bujang mereka. Tahniah korang!!! Haaa.. Cerita pasal Tamatkan zaman bujang ni mesti ramai jugak yang masih sibuk untuk wedding preparation kan. But if you still in the middle of preparation, I have good news to share with you especially if you're near by Kajang, Bangi or Semenyih area, I would like to recommend you guys to check out Rinching Terrace.

Rinching Terrace Wedding & Events beroperasi di Rinching Hilir, Kajang, Selangor. Mereka menawarkan package perkahwinan yang exclsuive dan menarik. Lokasi yang berlatar belakangkan nature dan landscape taman (garden) mungkin salah satu tempat idaman lokasi perkahwinan anda. Asalnya kawasan ini meruapakan kawasan hutan terbiar, Rinching Terrace transformkan kawasan ini kepada Wedding & Event Hall area. Kawasannya yang luas, selesa dan juga privacy ini boleh memuatkan sehingga 1500 jemputan tetamu. Ianya jugak di lengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk bakal pengantin, keluarga dan para tetamu. 


Setiap bakal pengantin pasti mahukan ruang yang tiada batasan dan kekangan dari segi pengurusan serta masa bagi membolehkan sebuah perkahwinan impian dirancang dan direalisasikan mengukut kehendak dan cita rasa mereka. Semua keperluan ini ada dia Rinching Terrace.

Di Rinching Terrace mereka mempunya 3 lokasi utama untuk anda pilih iaitu Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka(Garden). Anda boleh pilih salah satu atau ketiga-tiganya skali mengikut tema dan kesesuaian anda. 


Rinching Terrace Glass House
Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdindingkan kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Ia menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan diraung tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas disekeliling. Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagu yang memilih pakej pelamin ini bole diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri.



Khemah Agam (Marquee Tent)
Khemah Agam Marquee Tent disebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikahskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu mahlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa yang sama. Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemas untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jikan anda ingin memasang pelamin dan bersanding di Marquee Tent. Sebarang pengubahsuaian pakaj, bolehlah berbincing dengan pihak Rinching Terrace.


Taman Terbuka (Garden)
Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan. Ianya sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Anda boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu- siang atau malam. Lebih indah bila dipasang "fairylights" dan kanopi lut sinar. Turut disedaikan ialah sebuah pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial. Majlis pasti lebih bermakna jika diadakan disini kerasa taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik. 




Seluruh kawasan di Rinching Terrace ini exclusive untuk majlis anda pada hari yang anda booking kerana mereka gunakan konsep, hanya ada satu mahlis saja pada satu masa. Anda tidak perlu risau tentang keselesaan atau keselamtan kerana yang hadir hanya jemputan dan temau anda sahaja. Ruang parkir juga sangat luas dan bertar. 


Tawaran Pakej Lengkap dan Menarik

Mereka menawarkan 3 jenis package yang bersesuaian untuk bakal pengantin iaitu
Pakej Silver: Marquee Tent Only untuk 1000 tetami - RM38,800
Pakej Gold: Glass House & Marquee Tent (2 halls) untuk 1000 tetamu - RM44,800
Pakej Platinum: Glass House & Marquee Tent (2 Hall) untuk 1000 tetamu dengan pelbagai jenis menu dan pelamin serta busana ekslusif - RM51,800 

Pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak perlu risau tentang persiapan perkahwinan kerana semunya boleh disediakan oleh pihak Rinching Terrace. So bakal pengantin tidak perlu pening-pening atau runsing tentang persiapan majlis perkahwinan mereka kerana Rinching Terrace team akan bantu anda dan menyediakan majlis perkahwinan idaman anda.


Riching Terrace hanya bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik. Mereka memilih Afkar (afkar_katering), Miezipro (miezipro) dan SASES (sases.official). Mereka telah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan berpengalaman menajayakan acara yang melibatkan ramai VVIP. 




Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh contact Rinching Hill
Tel: 0193908527
Email: rinchingterrace@gmail.com
Instagram: @rinching.terrace
Facebook: Rinching Terrace
Alamat: Riching Tarrace, Riching Hilir, 43500 Kajang, Selangor
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events




Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan persiapan majlis perkahwinan anda nanti. Kepada bakal pengantin semua, piak ucapkan tahniah untuk anda. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Amiin!




Till then, xoxo






Thank you for reading this ^_^





No comments:

Post a Comment