Assalammualaikum and Hello everyone !
Kepada mereka yang tengah survey-survey untuk beli rumah, I have good news untuk korang!!. I know zaman sekarang ni nak beli rumah bukan mudah. Macam-macam aspek kita perlu fikir dan ketengah kan. Tapi kepada mereka yang betul-betul tengah mencari rumah, PKNS sekarang tengah menawarkan diskaun tambahan berjumlah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal sebagai simbolik ulang tahun PKNS ke-55 tahun. MENARIK KAN!!!
Tapi diskaun ini hanya boleh dapat di Koleksi Hartanah PKNS Siri2/2019 yang sedang berlangsung di Atria Lagenda Kompleks PKNS Shah Alam sehingga 4 Ogos 2019 sahaja. You might be the lucky one, boleh la survey-survey pelbagai jenis rumah mengikut kesesuaian anda di sana.
Bukan itu sahaja, PKNS turut menawarkan diskaun sehingga 20% serta kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) dan duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) secara percuma kepada bakal pembeli. Pada siri koleksi hartanah kali ini juga menyaksikan satu perjanjian kolaborasi dimeterai antara PKNS dan Maybank untuk pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer.
Skim yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini adalah skim bantuan pinjaman untuk memudahkan rakyat Selangor, di mana Maybank akan menyediakan pembiayaan sebanyak 90%. Manakala, kerajaan negeri akan memberi bantuan pembiayaan sebanyak 10% dan PKNS dilantik menjadi agensi pelaksana skim ini.
Skim ini adalah insentif pembiayaan pinjaman 100% pada kadar faedah yang rendah untuk lapan tahun pertama. Ini akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan pinjaman, seterusnya memiliki rumah idaman mereka. Skim ini terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS dan Anak Syarikat PKNS sahaja yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak.
Selain itu, Maybank juga akan membuka kaunter khas di sepanjang siri Koleksi Hartanah ini untuk urusan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan untuk para pengunjung yang hadir. Para pengunjung hanya perlu membawa bersama slip gaji 3 bulan untuk proses semakan kelayakan pinjaman bagi membolehkan pengunjung membeli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang ditawarkan sepanjang koleksi berlangsung.
Tawaran menarik diberi sepanjang pameran koleksi hartanah ini sebagai penghargaan khas buat pelanggan yang telah menyokong PKNS sepanjang lebih lima dekad ini, di mana ia tertakluk kepada produk hartanah terpilih. Dengan penglibatan Kumpulan Anak Syarikat PKNS pada pameran koleksi hartanah ini juga, pastinya menjanjikan pelbagai produk hartanah merentasi seluruh negeri Selangor yang ditawarkan. Malah, kali ini juga terdapat pameran khusus untuk projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS di bawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula daripada RM185,000
Pada koleksi kali ini, PKNS menyasarkan nilai jualan RM60 juta dan beliau yakin sasaran ini mampu dicapai apabila melihat diskaun serta tawaran menarik diberi kepada pembeli. Kepada orang ramai yang berhasrat memiliki rumah, jangan tunggu lagi kerana inilah masanya anda perlu rebut tawaran menarik ini yang menawarkan penjimatan dan rebat sehingga RM100,000.
Kepada orang ramai yang belum memiliki kediaman dan masih tercari-cari rumah idaman, jangan lepaskan peluang ini dengan berkunjung ke Koleksi Hartanah Siri 2/2019 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam di Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam untuk dapatkan rebat istimewa bersama pakej menarik yang ditawarkan. Koleksi Hartanah Siri 2/2019 hanya berlangsung selama 10 hari sahaja (sehingga 4 Ogos 2019) HURRY UP!
Thank you for reading this ^_^
No comments:
Post a Comment